BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN BERSUNGGUH SUNGGUH UNTUK KECEMERLANGAN UNIVERSITI - Kampus Kesihatan

HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • kk

BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN BERSUNGGUH SUNGGUH UNTUK KECEMERLANGAN UNIVERSITI

KOTA BHARU, KELANTAN 17 Jun 2013 – Majlis Penganugerahan Perkhidmatan Tahunan Universiti 2012 Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang diadakan di Hotel Grand River View di sini telah berlangsung dengan meriahnya dan tambah berseri dengan kehadiran para tetamu ternama dari kalangan Ahli Ahli Lembaga Gabenor Universiti (LGU) USM.

Antara kategori anugerahnya pula adalah meliputi Anugerah Jasamu Dikenang dengan jumlah penerima seramai 40 orang diikuti dengan Anugerah Khidmat Sanjungan Budi seramai 104 orang dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang telah mencatat bilangan paling ramai iaitu 370 orang penerima.

Pengerusi LGU, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan semasa berucap dalam majlis tersebut menyeru semua pihak agar dapat bekerja dengan penuh ikhlas dan bersungguh sungguh untuk memastikan kecemerlangan universiti pada masa sekarang dan juga masa hadapan lebih terjamin.

“Moga moga dengan anugerah yang diterima akan menjadi pendorong dan peniup semangat untuk lebih bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada USM dan lebih mendidik diri untuk menjadi modal insan contoh menepati paiwaian yang ditetapkan,” katanya.

Tambah beliau, konsep turun padang juga perlu diterapkan oleh semua pihak tidak mengira apa jua jawatan yang disandang agar sikap bekerjasama akan lebih tercambah dan secara tidak langsung mampu mengatasi banyak masalah yang timbul selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama staf.

Dalam majlis yang sama, terdahulu Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman dalam ucapannya telah merakamkan penghargaan kepada bekas staf USM yang bersara kerana sesungguhnya pengorbanan dan jasa baik mereka semasa berkhidmat dahulu tidak ternilai dengan hanya sebaris kata kata dan anugerah yang mereka terima.

“Sejarah telah membuktikan bahawa gedung ilmu ini mampu bertahan sehingga ke saat ini kerana jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka yang terdahulu daripada kita kerana tanpa mereka kita semua tidak mungkin dapat menikmati apa yang kita ada sekarang,” kata Omar.

Beliau juga turut menyatakan rasa tima kasih kepada staf yang telah berkhidmat lebih daripada 25 tahun biarpun terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan halangan yang mendatang. Di kesempatan ini, beliau berharap agar mereka akan terus menaburkan bakti dengan tidak merasa jemu selagi nyawa dikandung badan untuk masa depan USM yang lebih cemerlang dan terbilang. Beliau juga tidak lupa untuk mengucapkan tahniah kepada staf yang  dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Turut sama dalam majlis tersebut ialah para pegawai utama USM yang lain.

Latest

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

Online System

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan

Emergency

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Visitors

362163
TodayToday301
This_WeekThis_Week1312
This_MonthThis_Month10621

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 21 February 2018.

 

© 2017 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All Rights Reserved. Designed By PPKT, Health Campus

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown