HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • kk

MULTI UPPER LIMB EXERCISE’ (MUL-eX) INOVASI TERKINI UNIT PEMULIHAN HOSPITAL USM

KUBANG KERIAN, 9 Ogos 2015 – Menyedari penggunaan alat senaman bagi rawatan pemulihan pesakit artritis, kecederaan sukan, strok dan kes kepatahan sedia ada agak membebankan pesakit, Kumpulan Beyond Rehab, Unit Pemulihan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mengambil peluang menghasilkan projek inovasi yang dikenali sebagai ‘Multi Upper Limb Exercise’ (MUL-eX). 

Dari pengalaman dan pengamatan dalam kerjaya mereka mendapati alatan sedia ada mempunyai banyak kelemahan seperti kos yang tinggi, saiz terlalu besar, mempunyai fungsi yang terhad, statik dan menyebabkan ketidakselesaan serta kesukaran pengendalian oleh pesakit mengakibatkan proses pemulihan mengambil masa yang panjang. 

Menurut Pemangku Ketua Unit Pemulihan HUSM, Mohd Zamani Mamat, bagi mengatasi masalah tersebut sekumpulan kakitangan di sini menghasilkan Beyond Rehab,  alat yang memerlukan modal sebanyak RM200 seunit dengan enam fungsi berbeza berbanding alat sebelum ini.

"MUL-eX adalah alat senaman yang membantu proses pemulihan semua sendi anggota badan iaitu ‘finger exercise’ di mana pesakit perlu menarik kelima-lima jari mengikut tahap kekuatan otot, ‘overhead pulley’ menarik pemegang sehingga bahu mencapai pergerakan maksimum, ‘shoulder ladder’ yang memerlukan pesakit mengangkat rod langkah-demi langkah ke dalam lubang gerigi MUL-eX sehingga ke tahap maksimum selain daripada ‘rubber band board’ menggerakkan rod melawan rintangan getah, ‘wrist flexion and extension exercise’ memusingkan kedua-dua pergelangan tangan ke hadapan dan ‘shoulder abduction exercise’ menarik pemegang ke luar sehingga tahap maksimum," kata Mohd Zamani.Tambahnya lagi, penghasilan MUL-eX sangat membantu kerana projek inovasi ini bukan hanya menjimatkan kos malah turut mempercepatkan proses pemulihan pesakit selain daripada penjimatan ruang dan juga sumber manusia.

Sebanyak 10 kumpulan KIK aktif di unit pemulihan dan setiap tahun saringan akan dibuat di peringkat unit sebelum alat dan kumpulan yang terpilih dihantar untuk menyertai pertandingan peringkat kampus.

“Pada tahun ini, kumpulan Beyond Rehab dipilih mewakili Unit Pemulihan dengan alat MUL-eX kerana alat tersebut berpotensi untuk dikomersialkan sebagai produk inovasi rawatan pemulihan, dan dengan mendapat Anugerah Emas di pertandingan peringkat wilayah tidak sia-sia pengorbanan setiap ahli kumpulan meluangkan masa serta wang ringgit menghasilkan alat tersebut," jelas Mohd Zamani.

Unit Pemulihan merupakan satu unit yang aktif dalam menghasilkan produk-produk inovasi dan tidak hairanlah inisiatif mereka telah diiktiraf apabila memenangi Anugerah Inovasi Negara pada tahun 2014.

Latest

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

Online System

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan

Emergency

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Visitors

287534
TodayToday289
This_WeekThis_Week934
This_MonthThis_Month13609

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 25 September 2017.