HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

HOSPITAL USM DIPILIH SEBAGAI LOKASI MISI KASIH SAYANG KEJIRANAN SYURGA DAN PEKASIH MRSM KUANTAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 26 Julai 2017 – Kelab PEKASIH dan Kejiranan Syurga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan melaksanakan misi kasih sayang dalam satu lawatan ke Wad 6 Utara Onkologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini.

pekasih2

Lawatan yang melibatkan 30 orang peserta termasuk guru pengiring disambut oleh wakil Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-Kanak (PEKA) Hospital USM dan Ketua Jururawat Wad 6 Utara.

Pensyarah Jabatan Pediatrik, Hospital USM, Profesor Madya Dr. Ariffin Nasir berkata, lawatan itu diadakan bertujuan untuk melibatkan pelajar kepada aktiviti kesukarelawanan, keperihatinan kepada pesakit kanser dan pendedahan terperinci terhadap penyakit tersebut.

“Rombongan lawatan turut menyampaikan sumbangan berupa sebuah peti sejuk untuk kegunaan di dalam wad beserta sumbangan lain," katanya.

pekasih3

Menurut salah seorang peserta lawatan, Ainur Izzati Anwar, beliau amat teruja kerana dapat membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser.

“Saya juga berdoa semoga mereka yang menghidap kanser ini sembuh serta diberi kekuatan dalam menempuh cabaran dan redha menerima ketentuan ilahi,” katanya.

Teks/Foto : Muhd Zulkifli Zakaria/ Shazleen Hashim

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 19 October 2017.