HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

KOR SISPA PUPUK SEMANGAT KESUKARELAWAN PELAJAR

UUM SINTOK, KEDAH, 6 Ogos 2017 – Penglibatan dalam aktiviti berpakaian seragam seperti Kor Sukarelawan Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA) mampu untuk membina jati diri dan melahirkan anak-anak muda sebagai pemimpin masa hadapan negara.

1shahidan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim berkata, sikap amanah, berani dan kekuatan diri menjadi teras jati diri bangsa dan kunci kejayaan terutamanya untuk membangunkan keupayaan kepimpinan dalam apa jua bidang yang diceburi.

“Keunggulan jati diri seseorang anggota masyarakat dan negara akan tercapai dengan menghayati sifat amanah dengan erti kata yang sebenar-benarnya ialah mengetepikan kepentingan diri dalam melakukan sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan awam melalui penyertaan sebagai anggota badan beruniform,” ujarnya semasa merasmikan Majlis Pentauliahan dan Perhimpunan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-8 Tahun 2017 di Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini.

2AIDAsispa

Tambah Shahidan, universiti merupakan institusi yang mampu melatih dan membentuk pelajar menjadi seorang pemimpin yang berupaya menilai dengan bijak termasuk memastikan kesahihan fakta sebelum menyebarkan apa-apa maklumat yang diperoleh.

“Dengan pentauliahan ini, saya berharap agar siswa siswi akan terus menabur bakti untuk negara dengan melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan kesukarelawanan demi kepentingan rakyat, negara dan dunia seluruhnya,” jelasnya lagi.

Majlis pentauliahan dan perhimpunan Kor SISPA peringkat kebangsaan kali ini  mentauliahkan sejumlah 660 Pegawai Kadet SISPA dengan penglibatan sebanyak 15 Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

3sispaVIP

Yang turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mejar Jeneral (B) Dato' Azmy Yahya, Komandan UUM, Profesor Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, Timbalan Komandan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Sukari Halim, pegawai-pegawai utama APM, komandan-komandan Kor SISPA serta pegawai-pegawai kehormat dan bersekutu APM setiap institusi pengajian tinggi.

Teks/Foto: Muhd Zulkifli Zakaria

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 20 August 2017.