HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

DERMA ORGAN BANTU SELAMATKAN NYAWA PESAKIT

KOTA BHARU, KELANTAN, 10 Ogos 2017- Pendermaan organ atau tisu adalah proses memindahkan organ dan tisu daripada penderma yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia kepada pesakit yang mengalami kegagalan organ pada tahap akhir.

Pemindahan organ (transplan) merupakan kaedah rawatan yang terbukti berkesan dan dapat menyelamatkan nyawa pesakit manakala transplan tisu dapat membaikpulih kehidupan pesakit. Pemindahan organ juga tidak akan berlaku sekiranya tiada penderma.

drsuzina

Menurut Penyelaras Bank Tisu, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Suzina Sheikh Ab Hamid, salah satu aspek penting dalam rawatan perubatan ialah transplantasi organ.

“Pesakit yang mengalami masalah organ boleh dirawat dengan transplantasi organ yang didermakan mengantikan organ yang telah rosak dan melalui kaedah rawatan ini dapat menyelamatkan nyawa, menyembuhkan penyakit serta dapat memulihkan kualiti hidup pesakit tersebut.

“Organ yang didermakan adalah khusus kepada pesakit yang mengalami kegagalan fungsi organ iaitu  jantung, buah pinggang, hati dan paru-paru serta pesakit yang mengalami penyakit seperti infeksi atau barah, kecederaan pada kornea, tulang, ligamen dan kulit”, katanya ketika ditemubual dalam program Doktor Di Radio hari ini.

Suzina berkata, proses pendermaan organ dan tisu biasanya dijalankan apabila penderma sudah meninggal dunia manakala bagi penderma hidup pula, mereka boleh menderma organ seperti buah pinggang dan hati setelah menjalani pemeriksaan yang berkaitan, serpihan tulang yang baik dan yang terpaksa dikeluarkan semasa pembedahan serta selaput uri (amnion) setelah melahirkan anak.

“Penderma organ atau tisu akan menjalani proses saringan untuk memastikan organ atau tisu yang didermakan selamat, tidak memudaratkan penerima dan boleh berfungsi dengan baik setelah ditransplantasi dan proses saringan penderma organ atau tisu termasuklah sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal, ujian darah, pengimejan dan lain-lain bergantung kepada jenis organ dan tisu yang ingin didermakan,” ujarnya lagi.

Tambah Suzina, ujian saringan ini biasanya dilakukan untuk memastikan tiada penyakit berbahaya seperti berjangkit dan barah serta untuk memastikan status fungsi organ atau tisu tersebut dalam keadaan baik.

“Semua orang layak berikrar sebagai penderma serta berpotensi menjadi penderma dan apabila tiba masa yang sesuai untuk menderma, penderma organ atau tisu akan melalui proses saringan yang akan dijalankan.

“Setelah berikrar sebagai penderma organ, anda perlu memberitahu keluarga mengenai keputusan anda untuk mendermakan organ dan tisu selepas kematian serta anda digalakkan untuk menyimpan kad ikrar tersebut bersama kad pengenalan agar mudah dikenalpasti oleh staf kesihatan apabila anda dibawa ke hospital nanti”, katanya.

Teks: Shazleen Hashim / Foto: Mohd Sabri Saleh

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 19 October 2017.