HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

MAKNA SEDIAKAN PENGINAPAN PERCUMA UNTUK PESAKIT KANSER HOSPITAL USM JALANI RAWATAN

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 10 Ogos 2017 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan satu-satunya hospital yang menyediakan rawatan radioterapi dan kimoterapi bagi pesakit kanser di pantai timur.
 
Justeru, Majlis Kanser Nasional (MAKNA) telah menyediakan Rumah Perantaraan MAKNA Kelantan bagi pesakit kanser yang menjalani rawatan di Hospital USM sebagai penginapan sementara terutama pesakit yang tinggal jauh dari kawasan hospital. 
 
1 makna
 
Pengurus Besar MAKNA, Farahida Mohd Farid berkata, MAKNA telah merancang menyediakan sembilan buah Rumah Perantaraan MAKNA seluruh Malaysia dan di Kelantan adalah lokasi ketiga.
 
“Penginapan sementara ini berkonsepkan seperti berada di rumah sendiri kerana kami menyediakan kemudahan untuk menggalakkan pesakit lebih positif sepanjang melakukan rawatan di hospital dan mengambil masa hanya 10 minit ke USM dengan pengangkutan yang disediakan.
 
“Kami juga berharap  kemudahan yang disediakan ini dapat meringankan beban pesakit serta menggalakkan pesakit untuk meneruskan rawatan tanpa memikirkan kos sepanjang rawatan termasuk penginapan dan pengangkutan yang berisiko serta membebankan mereka,” katanya.
 
Tambah Farahida, sejak Rumah Perantaraan ini dibuka pada 12 April lalu, ia telah menerima tujuh orang pesakit kanser yang menetap sepanjang rawatan mereka.
 
“Rumah ini mempunyai lima bilik tidur yang dilengkapi 13 katil serta lengkap dengan perkakasan rumah seperti sofa, almari, televisyen dan sebagainya.
 
"MAKNA juga menyediakan seorang Jururawat dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) bagi membantu pesakit pada waktu pejabat dan kecemasan,” jelasnya lagi.
 
1 makna2
 
Sementara itu, menurut Timbalan Pengarah Kanan Klinikal yang mewakili Pengarah Hospital USM, Dr. Nik Min Ahmad pula,  Hospital USM sangat menghargai dan berterima kasih kerana MAKNA berjaya mewujudkan penginapan sementara bagi pesakit kanser terutamanya bagi yang kurang berkemampuan.
 
“Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa bantuan yang diberikan ini bukan sahaja merawat penyakit tetapi juga emosi mereka sekaligus menguatkan lagi semangat mereka untuk mendapat rawatan.
 
“Saya juga berharap jika ada staf USM yang ingin menjadi sukarelawan dialu-alukan kerana dengan cara inilah kita dapat membantu sekaligus mendidik diri kita sendiri,” katanya selepas majlis perasmian Rumah Perantaraan.
 
Turut hadir ialah Ketua Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi, Dr. Ahmad Lutfi Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Unit Kebajikan Perubatan, Mohamad Sharai Ibrahim dan Penolong Pengarah Kejururawatan, Rusnah Yaso'.
 
Teks/Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 20 August 2017.