HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

USM BERI INPUT KEPADA PENTERNAK LEBAH UNTUK CETUS IDEA BAHARU

KOTA BHARU, KELANTAN, 12 Ogos 2017- Lebah kelulut merupakan sejenis lebah tidak menyengat yang menghasilkan madu, roti lebah dan propolis. Industri lebah kelulut yang mula bertapak sejak 2010 turut membantu meningkatkan pendebungaan secara tidak langsung dan seterusnya membantu kelestarian biodiversiti serta meningkatkan hasil pertanian.

Industri lebah kelulut kini telah menjana perniagaan mencecah RM200 juta di seluruh negara dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu dalam bidang pertanian, pembuatan produk hiliran kosmetik dan suplemen kesihatan.

Timbalan Dekan Pelajar Dan Jaringan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Dinsuhaimi Sidek berkata, bengkel pada hari ini merupakan sebuah Projek Pemindahan Ilmu di bawah ‘Knowledge Transfer Centre’ (KTC) Nasional, Kementerian Pengajian Tinggi melalui geran pelan pembelajaran sepanjang hayat (Life Long Learning) yang melibatkan kolaborasi penyelidik USM sebagai akademia dengan rakan industri iaitu HoneygoldLab untuk memperkasakan komuniti.

madu2

“Program ini sebenarnya banyak memberikan input yang berguna terutamanya kepada penternak dan usahawan lebah kelulut dalam mencetuskan idea dan pengalaman baharu untuk mempelajari ilmu dan secara tidak langsung akan membentuk satu transformasi gerak kerja yang berjaya berdasarkan kebijaksanaan dan kesungguhan mereka.

“Program ini juga disasarkan kepada ahli-ahli ‘Darul Naim Entrepreneur Of Stingless Bee Society’ (DRONESS) untuk melahirkan penternak lebah kelulut yang melaksanakan amalan perladangan kelulut yang lestari serta mematuhi piawaian untuk penghasilan madu kelulut berkualiti,” katanya selepas merasmikan Bengkel Pengupayaan Penternakan Lestari dan Pemasaran Produk Kelulut, di Min House Camp hari ini.

madu3

Tambah Dinsuhaimi, kumpulan DRONESS yang dinaungi 100 penternak dengan jumlah koloni lebah kelulut hampir 6000 haif ini merupakan komuniti terawal dan terbesar dalam industri kelulut di Malaysia.

“Melalui program ini juga, kumpulan DRONESS menjadi kumpulan penternak pertama di Malaysia yang telah mengikuti kursus lengkap berdasarkan Prosedur Operasi Berpiawaian (SOP) dari Buku Modul Asas Penternakan Lebah Kelulut yang dikeluarkan oleh USM bermatlamat untuk membimbing penternak menghasilkan madu lebah kelulut yang asli, bersih dan berkualiti serta menepati ciri ‘medicinal honey’.

madu1

“USM mempunyai pakar dalam penternakan kelulut iaitu Dr Mohd Zulkifli Mustafa, Pensyarah Jabatan Neurosains USM yang telah menghasilkan pelbagai inovasi dan juga SOP untuk industri kelulut selain turut mempunyai pakar penggunaan madu untuk perubatan dan perawatan iaitu Profesor Dr Siti Amrah Sulaiman,” ujarnya lagi.

Dinsuhaimi berkata, program ini juga dapat meningkatkan kebolehpasaran produk luar bandar melalui pengeluaran pukal yang secara tidak langsung mengurangkan persaingan sesama sendiri antara pengeluar lebah kelulut.

"Selain itu, bengkel ini juga membantu kelestarian industri lebah kelulut melalui peningkatan kaedah penternakan dan kualiti produk secara lestari kepada alam sekitar," ujarnya lagi.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Mohd Amin Syafiq Sakri

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 20 August 2017.