HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

PERSIDANGAN SAINTIFIK MSPP KUMPUL PAKAR FARMAKOLOGI DAN FISIOLOGI

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN 20 Ogos 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Persatuan Farmakologi dan Fisiologi Malaysia (MSPP) telah menganjurkan Persidangan Saintifik ke-31 pada 18 hingga 19 Ogos 2017.  Persidangan dua hari itu menemukan ahli akademik, penyelidik serta para professional perubatan dan kesihatan bidang Farmakologi dan Fisiologi.

Farmakologi adalah bidang ilmu yang berkaitan dengan kesan penggunaan ubat dalam badan manusia manakala fisiologi pula ilmu yang berkaitan dengan fungsi dan cara kerja organ dalam badan.  Kedua-dua bidang ini berkait rapat serta merupakan bidang asas dalam perubatan.  Perkembangan dalam bidang farmakologi dan fisiologi memberi pemahaman yang lebih mendalam, serta pengetahuan baharu tentang fungsi badan serta bagaimana ubatan memberi kesan kepada tubuh.

farmakologi1

Menurut Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr Shaiful Bahari Ismail, persidangan bertemakan ‘Advancement in research for sustainable health’ memberi makna bahawa kesihatan bukan hanya untuk masa sekarang tetapi berterusan. 

"Kemajuan dalam penyelidikan perubatan bukan sahaja meningkatkan pemahaman penyakit tetapi apa yang lebih penting adalah menyumbang ke arah diagnosis, rawatan dan strategi pencegahan yang lebih berkesan dan disebabkan itulah interaksi serta kerjasama antara pelbagai bidang sains kesihatan adalah langkah terbaik ke arah merealisasikan kesihatan berterusan,' ujar beliau semasa majlis perasmian persidangan tersebut.

farmakologi2

Persidangan pada kali ini telah disertai oleh seramai 120 orang peserta daripada pelbagai universiti awam dan swasta dalam serta luar negara seperti United Kingdom, Singapura, India, Nigeria dan Timur Tengah.  Peserta serta penceramah akan membentangkan dan berkongsi hasil penyelidikan masing-masing dalam pelbagai bidang yang berbeza seperti penyelidikan obesiti, kardiovaskular, neurologi (saraf), pembiakan, genetik, penyelidikan merentas bidang (translational), penyelidikan mata, produk semulajadi serta inovasi dalam pengajaran.

Turut hadir semasa majlis perasmian tersebut adalah Presiden MSPP, Profesor Dr Nafeeza Mohd Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Profesor Dr Aida Hanum Ghula Rasool serta ketua-ketua jabatan.

Teks:  Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto:  Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 22 November 2017.