HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

PEMBARISAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN WARNAI KAMPUS KESIHATAN

merdeka20171

USM, KUBANG KERIAN, 31 Ogos 2017 - Sebagai rakyat Malaysia adalah penting untuk kita mengimbau kembali sejarah perjuangan mereka yang terdahulu. Keperitan, kesengsaraan mempertahankan tanahair yang mana tanahnya kita pijak dan langitnya kita junjung.

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-60 Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung di Kompleks Sukan 2 Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan. Sambutan dimulakan dengan perbarisan oleh 60 kontinjen badan beruniform serta pelbagai agensi yang memakai pakaian berwarna-warni bertemakan bendera Malaysia. USM turut menghantar kontinjen perbarisan yang disertai oleh kakitangan Jabatan Keselamatan serta Kejururawatan.

merdeka20172

Upacara turut diserikan dengan persembahan silat, deklamasi sajak kemerdekaan serta bacaan ikrar dan laungan MERDEKA yang diketuai oleh Asisten Superitenden Mohd Maizan Mustafa daripada Polis Diraja Malaysia.

Negaraku sehati sejiwa seiring dengan tema yang dilaungkan, adalah menjadi tanggungjawab kita seluruh rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara ini supaya tidak dirosakkan oleh anasir-anasir yang buruk.

merdeka20173

Masih ramai dalam kalangan kita yang masih dijajah mindanya. Tiada guna negara merdeka sedangkan rakyatnya masih lagi tidak memahami apa sebenarnya erti kemerdekaan. Arus globalisasi dan komunikasi tanpa sempadan menjadi salah satu anasir yang terus-menerus menjajah diri dan minda kita.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Mohd Amin Syafiq Sakri

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 25 September 2017.