HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

PESAKIT KANSER ANTARA LIMA PELAJAR DUDUKI UPSR DI HOSPITAL USM

USM, KUBANG KERIAN, 11 September 2017 - Seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Sarang Tiong, Rompin Pahang antara lima pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM).

upsr20172

Pelajar berkenaan, Mohamad Najmi Rosidi, 12, terpaksa menduduki peperiksaan berkenaan di hospital bagi menerima rawatan kimoterapi terhadap penyakit kanser otot yang dihidapinya sejak Disember 2016.

Menurut ibunya, Fazilawati Md Isa, 35, anak sulungnya itu hanya sempat mengulangkaji pelajaran dalam wad berikutan keadaan kesihatannya yang tidak berapa baik.

"Sehingga kini lima kimoterapi telah dilalui oleh Najmi sejak bulan April lalu untuk melawan sel kanser dalam badannya dari terus merebak.

"Walaupun menghidap penyakit kanser, namun semangat Najmi kuat untuk menghadapi peperiksaan ini dan membuktikan kepada semua bahawa beliau juga mampu berjaya walaupun dalam keadaan sakit," ujarnya.

upsr20171

Sementara itu, seorang lagi pelajar yang menduduki UPSR di Hospital USM, Khadijah Md Suzami, 12, yang bercita-cita menjadi seorang guru turut berkongsi pengalaman baru menduduki peperiksaan di hospital dan menyifatkan kesakitan bukan halangan baginya untuk menjawab peperiksaan dan menjadikan sokongan ibubapanya sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya.

Seramai 29,397 orang calon menduduki peperiksaan UPSR selama empat hari bermula hari ini di negeri Kelantan bagi tahun ini.

Teks/Foto: Mohd Hafiz Yaacob

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 22 November 2017.