UBAT INOVATOR, GENERIK DAN TIRUAN DAPAT PERHATIAN DI PASARAN MASA KINI - Kampus Kesihatan

HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

UBAT INOVATOR, GENERIK DAN TIRUAN DAPAT PERHATIAN DI PASARAN MASA KINI

USM, KUBANG KERIAN, 9 Julai 2018 - Proses penghasilan sesuatu ubat yang berkesan, selamat dan berkualiti perlu melalui beberapa fasa yang banyak dan menanggung kos terlalu tinggi.

hj zainol abidin

Menurut Ketua Pegawai Farmasi Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Haji Zainol Abidin Hamid, ubat mempunyai tiga jenis nama iaitu kimia, generik dan dagangan dan terdapat satu badan di ‘World Health Organization’ (WHO) yang mengawal pemberian nama ubat-ubatan seperti ini.

“Sebagai contoh, nama generik bagi ubat demam ialah Paracetamol, apabila dipasarkan oleh sesebuah syarikat ia diberi nama dagangan seperti Panadol dan selepas terbukti berkesan, ubat ini dijual dan dimasukkan dalam pasaran serta diberi jenama.

“Seterusnya, penilaian akan dijalankan terhadap ubat ini di mana sekiranya terdapat sebarang aduan daripada pesakit atau ahli profesional, pihak kementerian akan mengambil tindakan dan jika perlu ubat ini ditarik balik daripada pasaran,” jelasnya ketika menyampaikan taklimat dalam Sesi Pendengaran Awam yang berlangsung di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM.

Zainol Abidin berkata, pemantauan terhadap kesan dan keselamatan ubat - ubat dijalankan secara berterusan.

“Ubat-ubat ini dipanggil ubat inovator. Ubat inovator adalah ubat yang mula dicipta dan dipasarkan oleh sesebuah syarikat dan ia biasanya dicipta, dipasarkan seterusnya dipatenkan dalam tempoh 20 tahun.

“Sepanjang tempoh 20 tahun, pembekal syarikat farmaseutikal akan menjual ubat tersebut dengan harga yang agak tinggi untuk mendapatkan semula kos yang digunakan bagi kesemua fasa penghasilan ubat dan dalam tempoh berkenaan juga, syarikat lain tidak boleh mengeluarkan ubat yang sama sehingga tamat tempoh paten, barulah syarikat lain boleh mengeluarkan ubat yang sama dan ubat inilah yang dipanggil ubat generik,” ujarnya lagi.

a3

Tambah Zainol Abidin, ubat generik merupakan produk farmaseutikal yang bertujuan ditukar ganti dengan produk inovator untuk seseorang pesakit.

“Menurut National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), ubat generik adalah produk ubatan yang mempunyai komposisi kualitatif dan kuantitatif yang sama daripada segi bahan aktif dan kekuatan ubat dengan produk inovator.

“Berkualiti, selamat dan berkesan merupakan ciri-ciri ubat generik selain perlu memenuhi spesifikasi daripada aspek nama bahan aktif dan dos ubat serta ubat generik adalah ubat mampu milik dan lebih murah. Namun, ubat generik juga perlu dipastikan tahap kualiti, keberkesanan dan keselamatan sama dengan ubat inovator yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Zainol Abidin turut berpesan agar orang ramai berhati-hati membeli ubat secara atas talian (online) kerana kebanyakan ubat yang dijual adalah ubat tiruan.

“Untuk mengenali ubat tiruan terdapat langkah yang boleh diambil iaitu dari segi pendaftaran ubat-ubatan bagi mengenalpasti ubat yang dibeli memiliki nombor pendaftaran sah atau sebaliknya dan boleh juga memeriksanya menggunakan hologram yang diperiksa di farmasi dengan menggunakan dekoder hologram untuk membuktikan ubat itu berdaftar”, ujarnya lagi.

Teks / Foto: Balqis Amalin Mazalan (Pelajar Praktikal UniMAP) / Suntingan: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 20 August 2018.

 

© 2017 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All Rights Reserved. Designed By PPKT, Health Campus

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown