HOSPITAL USM TERIMA MESIN RAWAT KANSER TEKNOLOGI TINGGI, KOMITED BERI RAWATAN BERTARAF DUNIA - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • kk

HOSPITAL USM TERIMA MESIN RAWAT KANSER TEKNOLOGI TINGGI, KOMITED BERI RAWATAN BERTARAF DUNIA

KUBANG KERIAN, 14 Mei 2017 - Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) terus berada di hadapan dalam teknologi perubatan apabila membeli dua mesin yang berspesifikasi tinggi dalam merawat penyakit kanser.

Ini sejajar dengan taraf Hospital USM sebagai Hospital Pengajar Universiti (HPU) yang menjadi hospital rujukan utama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam menawarkan perkhidmatan perawatan pesakit bertaraf dunia.

Melalui pembelian dua unit mesin yang dinamakan SPECT-CT dan Pemecut Linear menjadikan Hospital USM sebagai perintis dalam kemajuan teknologi perawatan kanser tekak, kepala dan serviks dalam kalangan wanita.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, dengan adanya mesin ini, Hospital USM mampu menyediakan rawatan radioterapi dengan teknik rawatan terkini yang lebih efektif. Pada masa yang sama, teknik rawatan ini juga mengurangkan kesan sampingan radiasi kepada pesakit kanser yang menjalani rawatan radioterapi.

Asma juga berkata, mesin SPECT-CT dan Pemecut Linear ini menggunakan teknologi digital sepenuhnya dalam proses perawatan pesakit kritikal.

“Penggunaan mesin berkenaan seiring dengan moto USM iaitu 'Kami Memimpin' yang menunjukkan Hospital USM komited menjadi perintis kepada hospital dan institusi perubatan lain dalam penggunaan teknologi terkini bagi merawat pelbagai penyakit dan memberi khidmat terbaik bagi menyelamatkan nyawa pesakit,” jelasnya.

“Kita jangka dengan adanya penggunaan mesin ini juga membolehkan Hospital USM menerokai perkhidmatan 'Medical Tourism' yang memfokuskan kepada penjanaan kewangan universiti terutama kepada masyarakat antarabangsa lantas membuka peluang ekonomi secara tidak langsung kepada masyarakat tempatan," katanya dalam majlis perasmian mesin SPECT-CT dan Pemecut Linear di Auditorium Perubatan Nuklear Hospital USM.

Yang turut hadir ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dato' Dr. Ahmad Razin Dato' Ahmad Mahir; Pengarah Kampus Kesihatan USM yang juga Pengarah Hospital USM, Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim dan Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan/Foto: Mohd Ridzuwan Ramly

Terkini

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

513659
Hari IniHari Ini46
Minggu IniMinggu Ini4591
Bulan IniBulan Ini13325

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 15 November 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown